Wednesday, April 25, 2012

Zero a successo

hidup bermula apabila roh ditiupkan pada jasad.pada ketika itu manusia hanyelah kosong,bogel,satu perkataan pun tak boleh cakap.dan dari situ manusia belajar untuk memakai baju,berjalan,bercakap.ini menunjukkan semua manusia itu perlu belajar.itu menunjukkan manusia itu akan bermula dari kosong.itu menunjukkan mausia itu melalui perkara yang sama.dan ye,manusia itu semua sama.

yang membezakan manusia ialah manusia.manusia itu sendiri cipta persekitaran.manusia itu sendiri cipta undang-undang,manusia itu sendiri cipta kasta,manusia itu sendiri membeza bezakan diri.yang ade akal di dunia hanya manusia.dan yang akan menghancurkan juga ialah manusia.

dan putaran hidup ialah bile setiap seseorang berada di atas,akan ade masa seseorang itu di bawah.
bayangkan dunia ini bile semua manusia berada di atas.sebagai contoh,semua manusia itu menjadi ahli doktor dan astronout.dipikirkan bagus dunia ini dipenuhi dengan kesemua manusia genius pandai,ahli buku dan *panggil lah ape kau nak *.tapi masalah timbul bile tiada pengembala lembu,tiada pemburu kerbau,tiada nelayan,tiada pensawah.yea,nampaknye ahli doktor dan astronout hanye makan rumput,tapi itu pun kalau mereka sanggup cabut rumput.

itu hidup.itu duniawi.itu semualah.dan tak salah bile

hari ini aku nelayan,10 tahun lagi aku Nelayan berDucati

Wednesday, April 11, 2012

surat untuk kau




tak ade kesudahan.yea semua berlarutan.setiap saat kebodohan menghantui.pelbagai ragam perasaan bermain di fikiran.ah bodohla ni semua.penat aku berfikir,ibaratnye tiang kapal layar yang hanye dikemudi oleh seorang manusia,yang tak akan berdiri tegak,walau manusia itu mengerah kesemua tenage.biarkan orang kate aku bodoh,biarkan orang kata aku gile,itu mulut mereka.manusia akan sentiase bercakap apabila tuhan tak menarik nikmat suarenye.

yea,setiap mase aku berfikir kebahagiaan kau.setiap mase aku cari jalan.tapi akan jumpe jalan buntu.dan juga disebabkan kau juga sudah hilang percaye,kau sudah mule jenuh,kau keliru ape tujuan asal kite,aku terkilan.

dan disebabkan aku sangat kerdil dan hati kecil,aku tidak dihormati,aku di lanyak,di pijak ibarat kucing yang mati dimamah sang tayar.perlahan-lahan kau bunuh aku.dan kini kau terus membunuh aku sehingga aku tak dapat hidup semula.

dan mungkin dunia ini menemukan aku dan kau hanye sementare.atau kau keliru dengan perasaan sementare kau.tapi aku sudah terikat dengan perasaan berkekalan aku.salah aku juga.dan mungkin salah aku kite tak sependapat.disebabkan perasaan kekal aku,aku pertahankan kau,aku cemur kate orang,sebab aku lebih kenal kau dari mereka dan aku sentiase berfikiran lurus pada kau.

dan kini,di hadapan pondok bangla yang kau benci,aku mengenang.aku memikirkan waktu bahagia kite.sekali lagi aku terkilan dan aku pasrah.hati tak boleh dipakse.bodohlah aku memikirkan kau setiap saat sedangkan kau sedang bahagia tanpe aku.dan aku tinggalkan semua perkataan tulus dan ikhlas di hadapan pondok bangla.dan aku ucapkan selamat tinggal kepade pondok bangla yang mungkin kali terakhir aku lihat.

'You're are just fine and more happier without me'.itu yang aku belajar ketika ini.sedangkan aku boleh nampak kau cenderung untuk marah dan sedih dengan aku.maaf,aku pasrah,aku sudah terime kenyataan.bangkit sedar aku dari tidur harapkan kau.tapi kau hanyelah mimpi.cukuplah kehadiran aku menambah masalah bagi kau.
aku mohon maaf dan terime kasih untuk kenangan kedua aku yang aku akan simpan dalam kotak ingatan.

Tiada ganti bagi mansuia bernama 'kau'

Monday, April 9, 2012

padang sempit

kelakar!macam batu tepi jalan.prosa kata yang diucapkan.batu yang tidak dihirau spesis manusia lain.hanye duduk diam di tepi jalan.ibaratnye tak ade spesis yang ambil peduli.aku mengeluh.haih manusia begini pun ade.dan aku ini manusia.punye akal dan perasaan.bukan spesis angkuh sombong.bukan jugak spesis terperap dengan rutin.maaf,itu bukan spesis manusia.tapi sampai bile spesis ini akan wujud?selagi timbulnye bodoh sombong,selagi timbulnye mentaliti mimpi,selagi itu wujud spesis ini.ye,teruskan lagi dengan perangai itu,aku sokong.kerana kalau tak wujud spesis ini aku tak akan sedar.

berlakon seperti dunia ini milik kau.aku geleng tande protes.sejurus aku bermonolog "kau masih mentah".tak payah aku nk berceramah macam ustad bagai.jadah kau boleh pikir sendiri.tak payah aku nk kesah,jadah kau punyai otak sendiri.melainkan kau bukan spesis manusia waras.

oh dan jangan lupe,tuhan tu masih adil kurniakan aku mata untuk melihat dan hati untuk merasa dan akal untuk menilai sesuatu yang bodoh

Sunday, April 1, 2012

layaran

yea aku bukanlah pendekar putih yang kau impikan, aku adelah seperti ahli silat mate yang jahat.kau adelah ibaratnye satu bidadari yang tuhan turunkan dari langit.kau ubah segale hidup aku.dalam segenap mase dan ketika,aku yang dulunye hanye kosong, aku sudah kini boleh terbang berkongsi sayap bersame kau.dulunye aku sentiase sendiri tanpe bertemankan bidadari,kau datang dan berikan kegembiraan.aku ibaratnye fakir miskin yang mendapat rimbunan bungkusan wang dari langit.

setiap saat berkongsi sayap,aku bahagia,biar orang kata aku bodoh,biar orang caci,biar orang pandang senget,aku hadangkan tembok besar ke mereka.tapi aku tidak sebendul dahulu.setiap pengajaran tuhan beri,aku catatkan pade buku merah.ibarat malaikat yang sering mencatit segale kejahatan aku dibelah kiri.tidak satu pun kejahatan yang terlepas pandang.

dan tiap perkataan disebut dan ditulis,aku sandarkan pada akal,untuk tidak menyakiti hati.aku marah,aku bengang,aku tetap tahan untuk menjaga hati.

kau boleh marah aku,aku terime.ape silap dan kurang aku,aku cube baiki.tetapi aku sudah lama berhenti dari menjadi kuli manusia.dan sekarang,impian yang aku ingin gapai 3 tahun lepas berulang.seperti tuhan ingin menguji aku tahap kefahaman aku.

dan seperti kata manusia-manusia serbanistes "jangan hidup berlawanan dari kejadian alam kerana itu yang akan memusnahkan hidup".dan aku cube tatapi makne kefahaman aku.dan aku bangkit berkate,"tak salah untuk lawan adat masyarakat".

dari pengalaman aku yang lepas,manusia ini mempunyai satu penyakit iaitu 'revenge' yang susah untuk diluputkan.yea,inilah penyakit yang menyusahkan aku 3 tahun lepas.'revenge' mempunyai makne mendalam sama ade dalam keadaan yang besar atau kecik.yang kecil itu akan menjadi besar dan yang besar akan memusnahkan hidup.

dan

maaf tak terucap,bile terkata.tapi inilah pengalaman aku 3 tahun lepas.aku pasrah.