Wednesday, August 22, 2012

harapan besok

fikir manusia itu buta,fikir manusia itu tak ambil peduli,fikir manusia itu semua bebal..bukan,itu semua bukan..manusia itu cuma sesat..mereka buta kerana hati telah gelap..manusia itu tidak ambil peduli kerana mereka hanya memikir diri sendiri..manusia itu bebal bukan bodoh..sebebal manusia,bodoh lagi seperti binatang..tapi sebodoh binatang,kasih sayang binatang antara spesis tidaklah sebodoh manusia.sebodoh binatang yang tak berakal,bodoh lagi mereka yang bertelanjang di majlis-majlis keramaian bukan majlis bogel..

cuma menulis apa yang terbenam..cuma menulis memang untuk dibaca..ini menulis bukan berkata..tahukan beza menulis dan membaca..macam juga makan di kedai dan tapau di kedai..macam jugak bercakap serupa otak dengan bercakap serupa hati..macam jugak bersyukur dengan pemberian dan tamak dengan pemberian..macam jugak bangge menolong kedua mak ayah dan berbangge menjadi mak ayah tak sah..

fikir sejenak,bukak mata melihat di hadapan,bukak mata melihat realiti,bukak mata dari menjadi raja atau permaisuri khayalan..dan bila setiap detik bertopengkan dua muka,ingat yang ada yang melihat..biarkan mereka bodoh dari mereka membodohkan diri..bukan,tak ada kaitan dengan kau atau mungkin ada kaitan bila kau tergigit lidah sendiri..ini sekadar untuk berfikir..gunalah otak untuk berfikir,bukan guna lutut yang dicipta untuk menggerak kaki..takkan nak makan ikut hidung kot baru nak terhegeh menyesal..

oh ingin bercakap pasal nasib..berhenti salahkan nasib,nasib itu berubah kalau berusaha..bumi ni tak selalu gelap..macam tu jugak manusia..kadang-kadang perlu jalan ikut titi dari jalan raya untuk sampai destinasi dengan selamat..kadang-kadang perlu ambik risiko untuk berjaya..kadang-kadang perlu jadi bodoh untuk jadi pandai..semua pun bernasib malang sebenarnya..cuma nasib berubah bila ada usaha sama ada diri sendiri atau hasil orang lain..sampai bila nak harap belai orang,sampai bila nak makan suap,sampai bila nak duduk kasta hamba,sampai bila?