Saturday, May 19, 2012

Specchio

musuh.jawapan itu mesti senang bagi spesis manusia jawab.musuh itu adalah orang yang tak suke aku,musuh itu ialah orang yang aku benci,musuh itu ialah orang yang jahat,musuh itu ialah orang yang khianat aku.jawapan yang sangat sama sesama spesis.ye,musuh itu mungkin mereka semua,musuh itu mungkin orang yang jahat.tapi dalam sedar tak sedar,manusia itu mempunyai musuh yang jelas.manusia itu mempunyai musuh paling ketat sejak dilahirkan.musuh setiap manusia itu ialah cermin.

mungkin setiap manusia itu tak perasan.dan apa jadah diri sendiri musuh,bukan diri sendiri kene percaye dengan diri sendiri.mungkin kau tak perasan,dalam diri kau akan ada satu yang gelap.dalam setiap terang kau akan tenggelam cahaya.dalam ceria kau,akan ada sedih.dalam kuat kau,akan ada lemah.dalam setiap bahagia kau,akan ada semak.tak,takyah nak lempang diri kau.

setiap manusia ini akan perasan kejahatan diri dalam keadaan tak sedar.sama ada kau jenis tak sensitif atau memang kau taknak ambek tahu.macam contoh kau sangat inginkan sesuatu, 'what ever it takes i will do it even it mean to do bad things'.ape yang nak disampaikan ialah nafsu.cume sesetengah manusia boleh lawan.sesetengah tak sedar.

bodoh!itu lah kau.sedangkan cermin kau adalah 10 ganda lagi hebat dari kau.cermin kau adalah orang yang patut kau puji,cermin kau lebih tahu lemah kau,cermin kau lagi tahu kau bangun tido pukul berapa.cermin kau lagi kuat dari kau.hanya manusia yang sama taraf dengan cermin mereka yang akan terus berjaya.dan jawapan bagi soalan 'there will be a scary face at mirror if you look at it for a certain period of time'.itu ialah diri kau yang lagi satu.


Wednesday, May 16, 2012

oh ye

kenape 'bimbo' tu selalu akan jadi 'bimbo'.ini bukan pepatah atau petikan dari naskhah laman atau surat khabar.ini dari pengalaman yang berbisik di minda.dan yea,terlalu ramai perempuan yang comel dan cantik dan selalunya pada gadis-gadis sekolah.mungkin faktor dari genetik yang terlalu banyak kachok di malays.dan disebabkan terlalu ramai yang cantik dan comel dan hot dan berbagai,makin ramai 'bimbo' akan wujud di dunia.

Sebabnya golongan spesis ini tidak akan rasa tercabar dan kerana tak perlu berfikir mengenai rupe paras sebab dah tersedia ada paras yang cantik berseri yang mampu membuat kesemua lelaki capmelan.ye,untuk ape nak memikirkan ape yang ade di sekeliling.untuk ape berfikir panjang untuk hidup,untuk ape berfikir untuk melakukan tarikan oleh golongan berlawan jantina.tak perlu,itu semua tahik kambing atau 'bullshit'.hanya perlu fikir untuk mencarik orang yang boleh melayan,orang yang sanggup menghabis rambut,sanggup mencarik orang yang hidupnya mempunyai aura x-factor.ouh nerd?pegi jahanam i tak layan sebab nanti diorang sembang sejarah bab mesopolitik dan perjuangan tanah rezab melayu.bukan lagi bagus ke kau sembang education knowledge dari menggedik tengah public dok pegang punggung masing-masing.

dan di akhir penceritaan 'bimbo',di akhir titik kegemilangan 'bimbo',si jahanam yang punyai ilmu tanah rezab melayu jugak yang dicarik.semuanya kerana hidup telah terdetik untuk mencarik manusia bermasa hadapan.dari segi pemikiran juga sudah jelas.manusia yang kau caci,manusia yang kau pandang rendah,itu jugak kau jilat.ade satu ayat 'kadang-kadang mengambil masa sampai bila-bila untuk berubah'.kadang-kadang ye.bukan tak ada.cuma untuk realitikan kadang-kadang perlu seseorang 'bimbo' untuk gagal dan jatuh merudum sampai liang lahad.

manusia yang selalu menang akan jatuh di akhir titik hidup dan manusia yang selalu gagal akan menjadi gah di penghujung jalan


oh,pernah terfikir tak macam mane bangunan macam ni boleh duduk elok atas laut tu

Friday, May 11, 2012

coincidenza

kau percaya dengan kebetulan.ouh semua pun cakap kebetulan itu jodoh.kebetulan tu utusan atau petanda tuhan.kebetulan itu sangat hebat untuk pengaruh saraf otak.kebetulan tu tak logik secara sains.kebetulan tu logik bile ditambah dengan usaha untuk wujud kebetulan.contoh kau sangat lapar,tapi kau tak ada kenderaan untuk beli dan rumah kau jauh dari kedai,dan kau dail nombor kawan kau untuk bertanya lokasi dia,dan kebetulan kawan kau di kedai melepak dan kau kirim.tapi apa jadi bila kau tak teringin pun untuk menekan nombor kawan kau.tak jadi apa,tak ada kebetulan pun wujud.semua bende yang ade di dunia perlu usaha.kalau hanya niat tapi lenggang kan bontot untuk bangun,elok jadi mayat hidup.

banyak kaitan kebetulan dengan jodoh kata orang.macam kau hanya suruh takdir urus hidup kau.tuhan pun ada banyak keje.ingat kau ade mukjizat macam nabi yea.sedangkan nak keluar rumah pun malas lagi kau nak buat permintaan dari meteor lalu.kalau semua bende senang kat dunia ni,buat susah nabi adam carik hawa masa turun bumi.sedangkan nak beli rokok sebatang,kene usaha carik duit.melainkan kau tadah tangan dan doa sebatang rokok turun dari langit.

di dunia terdapat dua golongan kasta.satu golongan kasta menjadikan diri sebagai machai untuk mendapat duit dan satu golongan kasta lenggang untuk dapat hasil.kasta machai adalah sebaik-baik manusia dan kasta lenggang adalah sehina-hina manusia.kerana kasta lenggang adalah kasta yang terletak di bahagian teratas dalam sistem piramid dalam zaman gujerat yang hanya memakan duet rakyat dan tenaga manusia untuk kesenangan diri.dan inilah golongan kasta yang tak akan rasa cukup dengan kesenangan yang ada untuk terus hidup sehingga sanggup menjadi 'corrupt'.

sebetulnya kebetulan itu datangnya dengan usaha melainkan kebetulan yang datang bersama kasta lenggang.

Thursday, May 10, 2012

Parole

kata-kata seseorang itu menunjukkan dirinya.kata-kata itu dilambangkan sebagai perangai seseorang.kata-kata adalah pedang cyber star wars yang tajam dan berlaser.kata-kata boleh merubah perasaan.kata-kata boleh menaik semangat.tapi yang sebetul nyata kata-kata tidak melambangkan perangai seseorang.hanya sebab orang dulu sering berkata 'kalau dah hari-hari mencarut,memang perangai teruklah'.yea,memang perkataan itu melambangkan perangai,tapi bukan perangai sebenar.contoh,hari ini kau berkata ingin ke masjid,besok kau kata ingin ke club.bermakna kau dosa dan pahala.ape pulak hukum neutral.macam tu jugak dengan perangai kau,manusia tiada yang hari ini jahat dan besok baik dan seterusnye.hari ini kau tok imam,besok kau raja tonggang.

kata-kata memang tak melambangkan.kata-kata hanya menunjukkan perasaan seseorang.mungkin seseorang itu sering berkasar dan mencemuh disebabkan keadaan membesar.atau mungkin sandar pada sebabnye tersendiri.setiap manusia tidak memilih tetapi dipilih.tuhan memberi pilihan supaya kau teruskan perjalanan.supaya kau mengejar ape pilihan kau tapi tuhan sudah pun memilih kau.

hak untuk menghakim manusia ialah bile kau betul kenal seseorang.bukan takat kenal satu dua hari.mungkin seseorang itu kasar.dan kau terus menghakim die tanpa kenal.kau cemuh die.dengan wujudnya manusia yang suke hakim orang.ape kau tuhan ke.kau catit ke baik buruk die.sebab itu tuhan bagi mata dan otak.setiap organ dalam badan tuhan cipta untuk kau guna sebaik mungkin.bukan guna setiap saraf terbalik.




Thursday, May 3, 2012

Berubah

alam berubah,mase berputar 24 jam sehari,ekosistem haiwan juga berubah.manusia juga tak terkecuali untuk berubah.manusia mane tak akan berubah.setiap makhluk di dunia akan berubah.cume proses perubahan itu sama ada lebih baik atau lebih buruk.masa mengajar manusia untuk berubah.keadaan sekeliling juga merubah manusia.contoh dahulu kau berada dipersekitaran mat rempit,tapi sekarang kau dipersekitaran club.kau akan berubah dengan sendiri disebabkan persekitaran kau memaksa kau terime keadaan sekeliling.cume bezanye perubahan itu hanya bile seseorang itu cepat dipengaruhi.dan ada juga spesis yang tak makan suap keadaan sekeliling.itu memerlukan kekuatan diri untuk terus menjadi ape yang dirinya hendak.

bukan hendak bercerite panjang lebar tentang manusia itu berubah.tapi penekanan ialah pada setiap manusia itu berubah.ade sesetengah perlukan masa yang lama untuk berubah dan ade yang perlu sedikit masa untuk berubah.manusia itu asalnye hidup tidak duduk di satu tempat.dari zaman dulu,manusia jelajah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari kehidupan.bile manusia itu tidak berubah,manusia itu tidak hidup.ianya robot.tapi manusia akan tetap berubah.contoh,perangai sewaktu kanak-kanak dan remaja ke dewasa.tiada manusia yang dewasa yang akan menjadi kanak-kanak.

tapi sesetengah manusia itu hanya akan berubah bile ade sesuatu perkara yang merubah nasibnye.contoh seorang manusia hidup berlandaskan negatif,tapi pada satu ketika manusia itu telah dikejutkan dengan satu nasib yang merubah segala perlakuan yang sebelumnya.disebabkan perubahan nasib,manusia itu bertekad untuk berubah.tanpe tekad yang kuat,takkan ade perubahan pada satu manusia.cume perkataan yang keluar tidak membuktikan manusia itu bertekad untuk berubah.perubahan adalah elok bile percakapan ditukar dengan perbuatan.