Friday, May 11, 2012

coincidenza

kau percaya dengan kebetulan.ouh semua pun cakap kebetulan itu jodoh.kebetulan tu utusan atau petanda tuhan.kebetulan itu sangat hebat untuk pengaruh saraf otak.kebetulan tu tak logik secara sains.kebetulan tu logik bile ditambah dengan usaha untuk wujud kebetulan.contoh kau sangat lapar,tapi kau tak ada kenderaan untuk beli dan rumah kau jauh dari kedai,dan kau dail nombor kawan kau untuk bertanya lokasi dia,dan kebetulan kawan kau di kedai melepak dan kau kirim.tapi apa jadi bila kau tak teringin pun untuk menekan nombor kawan kau.tak jadi apa,tak ada kebetulan pun wujud.semua bende yang ade di dunia perlu usaha.kalau hanya niat tapi lenggang kan bontot untuk bangun,elok jadi mayat hidup.

banyak kaitan kebetulan dengan jodoh kata orang.macam kau hanya suruh takdir urus hidup kau.tuhan pun ada banyak keje.ingat kau ade mukjizat macam nabi yea.sedangkan nak keluar rumah pun malas lagi kau nak buat permintaan dari meteor lalu.kalau semua bende senang kat dunia ni,buat susah nabi adam carik hawa masa turun bumi.sedangkan nak beli rokok sebatang,kene usaha carik duit.melainkan kau tadah tangan dan doa sebatang rokok turun dari langit.

di dunia terdapat dua golongan kasta.satu golongan kasta menjadikan diri sebagai machai untuk mendapat duit dan satu golongan kasta lenggang untuk dapat hasil.kasta machai adalah sebaik-baik manusia dan kasta lenggang adalah sehina-hina manusia.kerana kasta lenggang adalah kasta yang terletak di bahagian teratas dalam sistem piramid dalam zaman gujerat yang hanya memakan duet rakyat dan tenaga manusia untuk kesenangan diri.dan inilah golongan kasta yang tak akan rasa cukup dengan kesenangan yang ada untuk terus hidup sehingga sanggup menjadi 'corrupt'.

sebetulnya kebetulan itu datangnya dengan usaha melainkan kebetulan yang datang bersama kasta lenggang.

No comments:

Post a Comment